top of page

Dua Lelaki Cedera Diserang dengan Senjata Tajam di Sembulan Lama

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


19 Mei 2026


KOTA KINABALU: Dua lelaki cedera dipercayai akibat diserang menggunakan senjata tajam jenis sabit dan kapak dalam kejadian di jambatan berhampiran Blok C, Kampung Sembulan Lama, malam ahad lalu.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Polis (ACP) Kasim Muda mengesahkan kejadian berlaku sekitar jam 8.00 malam, 17 Mei 2026, ketika kedua-dua mangsa bersama rakan berada di lokasi untuk membeli minuman sebelum berlaku salah faham dengan seorang lelaki tempatan dikenali sebagai "Totong".


Pertengkaran tercetus selepas itu, dan suspek dipercayai pulang ke rumah untuk mengambil senjata tajam sebelum kembali semula lalu menyerang kedua-dua mangsa.


Akibat serangan tersebut, mangsa pertama mengalami kecederaan di bahagian belakang leher dan kaki, manakala mangsa kedua mengalami kecederaan di bahagian leher serta lengan. Mereka menerima rawatan di hospital berhampiran dan dilaporkan dalam keadaan stabil.


Polis sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian, merakam keterangan pengadu dan beberapa saksi. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata berbahaya.


Usaha memburu suspek "Totong" sedang giat dijalankan. Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi dan tampil memberi maklumat kepada polis jika mempunyai sebarang keterangan berkaitan kejadian ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page