Dua Lelaki Ditahan, 2,100 Liter Diesel Subsidi Dirampas di Sandakan
- nabalunews
- 4 hours ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
21 April 2026
SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menahan dua lelaki tempatan dan merampas 2,100 liter minyak diesel bernilai RM12,537 dalam serbuan ke atas sebuah stor penyimpanan minyak diesel di Kampung Batu 11, Jalan Seguntor, semalam.
Diesel itu dipercayai sedang dipindahkan dari sebuah lori ke tangki skid bagi tujuan penyelewengan subsidi.
Dalam operasi sekitar jam 2.45 petang itu, polis turut menyita sebuah lori 10 tan jenama Nissan serta beberapa peralatan yang digunakan untuk memindahkan minyak tersebut.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Menurut kenyataan PPM Wilayah 4 Sabah, serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat risikan. Aktiviti pemindahan diesel bersubsidi dari lori ke tangki skid dikesan semasa pemeriksaan di premis berkenaan.
Kedua-dua lelaki tempatan yang ditahan akan membantu siasatan lanjut.
PPM Wilayah 4 Sabah menegaskan komitmen mereka untuk terus membanteras penyelewengan dan penyeludupan barangan bersubsidi di Pantai Timur Sabah demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan ekonomi negara.















Comments