Dua lokaliti dilaksanakan PKPD bermula 1 September iniDua lokaliti dilaksanakan PKPD bermula 1 September ini
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Dua lokaliti dilaksanakan PKPD bermula 1 September ini



30 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di dua lokaliti melibatkan daerah Kota Marudu dan Tongod bermula 1 September hingga 14 September ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti tersebut ialah Kampung Lotong, Kota Marudu, dan Kampung Penangah, Tongod.


"PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


"Secara keseluruhan, jumlah PKPD aktif setakat ini telah meningkat kepada 112 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Tawau (31 lokaliti), Kota Kinabalu (13 lokaliti), Penampang (11 lokaliti), dan Kota Belud (9 lokaliti)," katanya.


Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan PKPD di Kampung Hidayat, Batu 4 di Tawau.


"PKPD di lokaiti itu sepatutnya dijadualkan tamat pada 1 September, namun dilanjutkan sehingga14 September ini.


“Berdasarkan analisa oleh KKM mengenai risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD di lokaliti berkenaan dilanjutkan,” katanya

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page