DUA WARGA ASING DIDENDA RM150,000 ATAS KESALAHAN MILIKI MINYAK PETROL SECARA HARAMDUA WARGA ASING DIDENDA RM150,000 ATAS KESALAHAN MILIKI MINYAK PETROL SECARA HARAM
top of page
  • Wartawan Nabalu News

DUA WARGA ASING DIDENDA RM150,000 ATAS KESALAHAN MILIKI MINYAK PETROL SECARA HARAM


25 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


TAWAU: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman denda sejumlah RM150,000 terhadap dua lelaki warga asing atas kesalahan memiliki barangan kawalan, minyak petrol tanpa kebenaran Pengawal Bekalan Malaysia.


Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap Talzan Tigasan dan Sanyo Naldo selepas kedua-dua tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan itu.


Kedua-dua lelaki warga asing yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu, melakukan kesalahan di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961.


Bagi kes pertama, Talzan, dijatuhkan hukuman denda RM100,000 atau dua tahun penjara dan enam bulan penjara selepas tertuduh mengaku salah memiliki minyak petrol sebanyak 775 liter dalam sebuah bot laju yang tidak berdaftar tanpa kebenaran Pengawal Bekalan Malaysia semasa berada di kawasan perairan Laut Pulau Boheyan, Semporna.


Manakala bagi kes kedua pula, tertuduh Sanyo dijatuhkan hukuman denda RM50,000 atau satu tahun penjara dan enam bulan penjara selepas mengaku salah memiliki minyak petrol 175 liter dalam sebuah bot laju yang tidak berdaftar tanpa kebenaran Pengawal Bekalan Malaysia semasa berada di kawasan perairan Laut Pulau Boheyan, Semporna.


Mahkamah selanjutnya memerintahkan agar barangan kes iaitu minyak petrol, bot serta enjin bot terbabit diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Semporna untuk tujuan pelupusan.


Pendakwaan bagi kedua-dua kes ini dikendalikan oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, KPDNHEP cawangan Semporna, Jong Jee Leong.


Dalam kenyataan media hari ini, Pejabat KPDNHEP Sabah dan KPDNHEP cawangan Semporna merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) yang telah memberikan kerjasama serta merupakan pasukan serbuan bagi kedua-dua kes terbabit.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page