DUN Johor bubar
top of page
  • Farah Salim

DUN Johor bubar


22 Jan 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah dibubarkan berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).


DUN Johor dibubarkan setelah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran selepas menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini.


Pada pertemuan bersama Sultan Johor itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor.


"Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim termansuh pada 22 Januari 2022," jelas satu hantaran dalam akaun rasmi Sultan Johor, hari ini.


Johor merupakan negeri seterusnya yang akan menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan selepas Sabah, Melaka dan Sarawak, sebelum ini.

bottom of page