Eko pelancongan komuniti Kg.Sayap sedia terima pengunjungEko pelancongan komuniti Kg.Sayap sedia terima pengunjung
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Eko pelancongan komuniti Kg.Sayap sedia terima pengunjung



9 Oktober 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA BELUD: Pusat eko pelancongan komuniti Kampung Sayap kini bersedia menerima pengunjung selaras dengan keputusan kerajaan membuka semula aktiviti pelancongan dan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang sudah melengkapkan vaksin Covid-19.


Pengerusi Persatuan Pelancongan Komuniti Sayap Dr.Rizoh Bosorong berkata, antara persediaan para pengusaha pusat pelancongan di kampung itu ialah membersihkan dan menyelenggara kemudahan di kawasan-kawasan pelancongan.


Air terjun di Eco Pelancongan Kowotuan.

“Terdapat lebih 35 pusat eko pelancongan di Kg. Sayap, tetapi setakat ini, belum semua dapat dikunjungi kerana sebahagiannya sedang diselenggara.


“Antara pusat pelancongan yang bersedia menerima pengunjung ialah Aura Montoria, Eko Pelancongan Kowotuan, Tinuman, Taman Konunukan Rafflesia, Lombon, Dekikip Farmstay, Minangkob Homestay, Penginapan Amido dan CT Lodge,” katanya ketika dihubungi Nabalu News, hari ini.


Rizoh berkata, para pengusaha eko pelancongan kampung itu bersyukur kerana sudah menerima tempahan dari pengunjung.


“Kebanyakan tempahan pada hujung minggu daripada pengunjung zon yang sama iaitu Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau,” katanya dan menambah ramai pengusaha pelancongan komuniti kampung itu terjejas teruk ekoran pandemik Covid-19.


Taman Konunukan Rafflesia

Beliau berharap, dengan pembukaan semula aktiviti pelancongan luar bandar dapat meningkatkan semula pendapatan para penduduk kampung.


“Antara pusat pelancongan yang terkenal di Kg.Sayap ialah Aura Montoria, ia berjaya menarik hampir 3,000 pengunjung pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0,” katanya.


Katanya lagi, selain terkenal dengan keindahan alam semulajadi, kampung itu juga terkenal sebagai pengeluar hasil kraftangan berasaskan buah dalai dan rotan.


“Kami akan memastikan pengunjung yang berkunjung ke sini lengkap vaksin dan mematuhi SOP bagi mengelak jangkitan Covid,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page