top of page

El Nino: KPM ambil langkah berjaga-jaga, aktiviti luar sekolah mungkin ditangguhkan

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 12, 2024
  • 1 min read

12 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan bersedia untuk menangguhkan aktiviti luar bilik darjah jika fenomena El Nino semakin teruk demi keselamatan pelajar.


Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, menegaskan bahawa kesihatan dan kebajikan pelajar adalah keutamaan utama, dan pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memantau situasi.


"Kita juga akan keluarkan garis panduan dari semasa ke semasa kepada pihak sekolah bergantung kepada keperluan keadaan.


"Apa-apa pun keutamaan adalah kepada kebajikan dan kesihatan anak-anak," katanya ketika ditemui selepas mengadakan sesi lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tanjung Rambutan di sini, kelmarin.


Menteri Kesihatan, Fadhlina Sidek, sebelum ini telah mengingatkan guru dan ibu bapa untuk sentiasa memantau kesihatan anak-anak mereka dalam cuaca panas yang tidak menentu ini.


Sementara itu, Wong berkata meskipun terdapat aduan berhubung Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dilaporkan kepada KPM namun kesemuanya dapat diselesaikan.


"Antara aduan yang diterima terarah kepada isu teknikal sebagai contoh seperti isu pertukaran sekolah. Bagaimanapun perkara itu dapat diselesaikan sebaiknya," katanya.


Beliau berkata pihaknya meminta supaya mana-mana individu atau penjaga yang masih tidak menerima BAP supaya membuat aduan kepada KPM atau pihak sekolah.


"Berkaitan isu BAP ini, saya nasihatkan supaya ibu bapa boleh bangkitkan kepada sekolah serta pihak KPM. KPM sendiri sedia membantu dan akan pastikan bantuan berkenaan sampai kepada mereka," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page