top of page

Elak Jadi Keldai Akaun

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 2 min read

ree

3 Ogos 2025


SANDAKAN: Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak menyerahkan sebarang maklumat atau instrumen berkaitan perbankan kepada orang lain tanpa tujuan yang sah.


Ini termasuk membenarkan penggunakan kad ATM, nombor akaun bank, maklumat log masuk perbankan dalam talian, nombor TAC (Transaction Authorisation Code) kata laluan akaun bank dan maklumat kewangan lain. 


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, tindakan membenarkan pihak lain menggunakan akaun bank boleh mendedahkan diri kepada risiko kerugian kewangan.


Malah katanya, ia juga boleh menyebabkan individu terbabit menjadi suspek atau bersubahat dalam jenayah komersial seperti penipuan dalam talian (SCAM), pengubahan wang haram, jenayah siber yang lain.


“PDRM juga sering mengingatkan bahawa setiap individu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan akaun bank dan instrumen pembayaran masing-masing. 


“Kegagalan melindungi maklumat ini bukan saja boleh mengakibatkan kerugian, malah boleh membawa kepada tindakan undang-undang jika akaun tersebut digunakan untuk aktiviti haram,” katanya dalam kenyataan media, semalam.


Menurutnya, langkah pencegahan yang disyorkan ialah mengelak daripada menjadi 'keldai akaun' (money mule) dengan menyerahkan akaun bank kepada pihak ketiga tanpa tujuan sah. 


"Masyarakat juga dinasihatkan supaya membuat laporan segera maklumat akaun atau kad ATM yang disalah guna atau jatuh ke tangan orang lain.


Sementara itu, George berkata, kesedaran dan tindakan proaktif daripada masyarakat amat penting dalam membanteras jenayah berkaitan penyalahgunaan maklumat perbankan.


Katanya, PDRM akan terus komited menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat, demi melindungi keselamatan kewangan dan ketenteraman awam. 


Baru-baru ini, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sandakan atas kesalahan memiliki dan mengawal instrumen pembayaran serta akaun bank milik orang lain secara tidak sah.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424A Kanun Keseksaan dan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.


Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,500 atau penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page