top of page

Elaun bulanan pemain remaja BAM dinaikkan kepada RM1,000

  • nabalunews
  • 7 days ago
  • 1 min read

11 Januari 2026


KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal menaikkan elaun bulanan pemain remaja daripada RM400 kepada RM1,000 menerusi program Adopt-a-Player, kata Presidennya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Beliau berkata, langkah berkenaan selari dengan pelaksanaan pelan strategik Tangkis 2030 yang memberi penekanan kepada pembangunan bakat sejak peringkat awal.


Selain kenaikan elaun, katanya BAM turut bersetuju menanggung kos tali raket dan kerja pemasangan semula (stringing) pemain remaja yang sebelum ini ditanggung sepenuhnya oleh pemain sendiri, dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM400,000 setahun.


“Di bawah Tangkis 2030, antara fokus utama kita ialah pembangunan bakat dari peringkat awal. Tapi pembangunan bakat bukan sekadar menyertai kejohanan, malah tentang kos yang ditanggung pemain di peringkat latihan.


“Salah satu kos berulang ialah mengganti tali raket yang putus, kalau latihan hampir setiap hari, bayangkan berapa kerap raket perlu di-restring,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.


Beliau turut menggalakkan syarikat serta individu untuk menyertai program Adopt-a-Player sebagai rakan strategik dalam membina ekosistem sokongan yang mampan bagi menyokong pembangunan pemain.


Adopt-a-Player ialah inisiatif menjadikan pemain remaja sebagai anak angkat bagi membantu menampung elaun bulanan mereka.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page