top of page

Empat ditahan dalam kes ugut berasingan

  • nabalunews
  • 39 minutes ago
  • 2 min read

Suspek-suspek mengugut ahli keluarga sendiri dalam tiga kejadian berasingan diberkas polis Tawau, semalam.
Suspek-suspek mengugut ahli keluarga sendiri dalam tiga kejadian berasingan diberkas polis Tawau, semalam.

19 Januari 2026


TAWAU: Empat lelaki termasuk seorang warga asing diberkas polis dalam tiga kes ugut berasingan membabitkan ahli keluarga sendiri yang dilaporkan berlaku di daerah ini, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kes pertama melibatkan seorang lelaki tempatan, 27, yang bertindak agresif selepas ditegur bapanya dalam kejadian di di Kampung Rancangan Ranggu, sekitar jam 11 pagi.


Menurutnya, suspek yang sebelum ini sering mengamuk apabila ditegur ahli keluarga, dikatakan mengugut hendak mencederakan adik perempuan serta menyerang mangsa iaitu abang kandungnya, 41.

“Dalam kejadian itu, suspek mengambil sebatang penyapu dan melibas ke arah mangsa namun tidak terkena, kemudian, mangsa ditumbuk oleh suspek ketika sedang keluar melihat bapanya dan turut mengancam untuk membunuh adik perempuan mereka,”katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Taway pada jam 6.15 petang susulan laporan polis dibuat mangsa.


Manakala, kes kedua membabitkan seorang lelaki warga asing, 30-an, yang ditahan selepas dipercayai mengamuk dan mengugut ibunya, 60an, dengan sebilah parang dan lastik serta merosakkan dinding rumah di Kampung Vietnam, Jalan Tanjung Batu Laut.

Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 12.20 tengah malam apabila suspek bertindak agresif akibat perselisihan keluarga, sebelum akhirnya ditahan polis jam 4.30 petang, semalam.


Sementara itu, dalam kes ketiga, dua lelaki warga tempatan ditahan selepas mengugut seorang warga emas, 63, di Kampung Pengkalan Asli, Merotai Besar dalam kejadian jam 8 malam.


Jasmin berkata, suspek utama, 39, seorang pemandu lori yang juga menantu mangsa mengacukan pedang samurai, manakala seorang lagi suspek iaitu adik lelakinya, 27, membawa parang.


Katanya, kejadian itu dipercayai berpunca apabila isteri suspek utama yang juga anak perempuan mangsa ingin bermalam di rumah bapanya, namun tindakan itu tidak dipersetujui oleh suspek sebelum berlaku pertengkaran.


Tambahnya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page