EMPAT KLUSTER BAHARU DIREKODKAN DI SABAH BERPUNCA DARI MAJLIS KENDURI, PERTUNANGAN, PELAJAR ASRAMAEMPAT KLUSTER BAHARU DIREKODKAN DI SABAH BERPUNCA DARI MAJLIS KENDURI, PERTUNANGAN, PELAJAR ASRAMA
top of page
  • Wartawan Nabalu News

EMPAT KLUSTER BAHARU DIREKODKAN DI SABAH BERPUNCA DARI MAJLIS KENDURI, PERTUNANGAN, PELAJAR ASRAMA



15 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Empat kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini masing-masing melibatkan daerah Keningau, Sandakan, Kota Belud dan Tuaran.


Kluster itu dikenali sebagai Kluster Biah Skim Keningau, Kluster Lorong Megah Jaya Sandakan, Kluster Jalan Labuk 3 Sandakan dan Kluster Melangkap Tomis di Kota Belud melibatkan Tuaran dan Kota Belud.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Biah Skim melibatkan Mukim Ansip mencatatkan jumlah kumulatif 10 kes, setelah sembilan kes positif dikesan hasil saringan kontak rapat pada hari ini.


"Kes indeks disahkan positif Covid-19 melalui saringan pra kemasukan wad bersalin di salah sebuah pusat perubatan di Keningau pada 13 April.


"Berdasarkan penelitian, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis kenduri arwah saudara pada 29 Mac lalu yang dihadiri ahli keluarga dan jiran di Kg Biah Skim.


"Saringan kontak rapat dan pengesanan punca kini masih aktif jalankan," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi Berkata, Kluster Lorong Megah Jaya di Sandakan pula melibatkan rumah pekerja di Bandar Megah Jaya.


Beliau berkata, kluster ini dikesan pada 12 April lalu, apabila kes indeks yang bekerja

di pusat kesihatan menjalani saringan bergejala dan disahkan positif Covid-19.

"Susulan kes itu, saringan terhadap 37 kontak rapat mendapati 17 kes positif, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes.


"Berdasarkan penelitian, penularan jangkitan dipercayai berlaku dalam kalangan rakan sekerja yang tinggal di rumah pekerja," katanya.


Katanya lagi, Kluster Jalan Labuk 3 di Sandakan melibatkan sebuah sekolah menengah berasrama penuh.


"Pada hari ini, merekodkan penambahan tujuh kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 15 kes. Kes indeks merupakan seorang pelajar yang dikesan positif Covid-19 hasil saringan bergejala pada 07 April lalu.


"Saringan kontak rapat di asrama sekolah terbabit mendapati 10 pelajar positif melalui ujian RTK AG dan PCR, manakala empat kes lagi positif dalam kalangan kontak serumah. Punca jangkitan dan saringan masih giat dijalankan," katanya.


Masidi berkata, Kluster Melangkap Tomis di Kota Belud melibatkan Daerah Tuaran dan Kota Belud.


Beliau berkata, kluster yang dikesan pada 07 April lalu menokok satu kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 10 kes.


"Kes indeks disahkan positif Covid-19 hasil saringan bergejala di sebuah pusat perubatan di Tuaran.


"Saringan kontak rapat mendapati sembilan lagi kes positif iaitu enam kes dari Kota Belud dan tiga kes dari Tuaran.


"Berdasarkan penelitian, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan silang dalam kalangan 178 tetamu yang menghadiri majlis pertunangan di Kg Melangkap Tomis pada 30 Mac lalu," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page