Empat lagi kluster baharu dicatat di Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Empat lagi kluster baharu dicatat di Sabah


10 Februari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak empat lagi kluster Covid-19 baharu yang dicatat di Sabah pada hari ini di mana tiga kluster melibatkan sekolah dan satu lagi kluster di tempat kerja.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata, kluster-kluster tersebut dikenali sebagai Kluster Jalan Getah dan Kluster Madai 2 masing-masing di Kunak, serta Kluster Jalan Gudon dan Kluster Sutera 2 di Kota Kinabalu.


“Kluster Jalan Getah merupakan kluster institusi pendidikan yang melibatkan SMK Kunak. Indeks kes merupakan pelajar perempuan yang tinggal di asrama sekolah tersebut yang didapati positif setelah menjalani saringan kerana bergejala.


“Saringan ke atas kontak rapat mendapati 21 orang lagi positif termasuk tiga kes baharu hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 22 kes. Mereka semua adalah dalam kategori ringan, telah diasingkan dan diberi rawatan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.


Menurut Masidi, Kluster Madai yang juga melibatkan kluster institusi pendidikan melibatkan iaitu SMK Madai di mana indeks kesnya adalah seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun yang telah menjalani saringan kerana bergejala dan disahkan positif.


Jumlah kes kumulatif kes kluster ini ialah 40 kes, termasuk 10 kes baharu hari ini, dan kesemua mereka berada dalam kategori ringan, telah diasing dan diberi rawatan sewajarnya.


“Di Kota Kinabalu, Kluster Jalan Gudon merupakan kluster institusi pendidikan yang melibatkan pelajar SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Indeks kes adalah pelajar lelaki 17 tahun yang didapati positif setelah menjalani saringan kerana bergejala.


“Jumlah kumulatif kes setakat ini ialah 22 kes termasuk 5 kes baharu hari ini. Semua mereka adalah dalam kategori ringan, telah diasing dan diberi rawatan sewajarnya,” katanya.


Manakala, satu lagi kluster iaitu Kluster Sutera 2 merupakan kluster tempat kerja di mana terdapat 58 jumlah keseluruhan individu yang disahkan positif Covid-19, termasuk 50 kes baharu hari ini.


“Kluster Sutera 2 merupakan jangkitan yang menular di tempat kerja iaitu di salah sebuah tapak pembinaan di Kota Kinabalu. Kes indeks merupakan seorang lelaki bukan warganegara, 33, merupakan kakitangan pengurusan.


“Kes indeks yang mula bergejala sejak 03 Februari 2022 telah disahkan positif COVID-19 di Klinik Swasta pada 04 Februari 2022. Saringan terhadap 278 kontak rapat kemudian mendapati 57 lagi kes membabitkan pekerja di tapak berkenaan,” jelas Masidi.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page