Empat lokaliti dikenakan PKPD bermula 8 September iniEmpat lokaliti dikenakan PKPD bermula 8 September ini
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Empat lokaliti dikenakan PKPD bermula 8 September ini



6 September 2021 Oleh Jacquline Ebit KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di empat lokaliti melibatkan daerah Kota Belud, Ranau dan Kudat bermula 8 September hingga 21 September ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti tersebut ialah Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi di Kota Belud, Kampung Pahu Pinawantai di Ranau, serta Kampung Mompilis, Matunggong, Kudat. Beliau berkata, PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 "Secara keseluruhannya, jumlah PKPD aktif setakat ini kekal 77 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Tawau (15 lokaliti), Ranau dan Penampang masing-masing sebanyak lapan lokaliti," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page