top of page

Enam Penerima Raih Anugerah Buku Borneo 2026

nabalunews
5 hours ago
2 min read

27 Sept 2026


KOTA KINABALU: Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu (PBAKK) 2026 mengiktiraf enam penerima daripada kalangan penulis, karyawan, penyelidik dan penerbit di Sabah dan Borneo menerusi Anugerah Buku Borneo (ABB) 2026, di sini, pada Ahad.


Majlis Perasmian dan Penutupan PBAKK 2026 itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman.


ABB 2026 merangkumi enam kategori, iaitu Anugerah Buku Terbaik (Kategori Sabah, Borneo), Anugerah Penulis Terbaik (Kategori Sabah, Borneo) dan Anugerah Penerbit Terbaik (Kategori Sabah, Borneo).



Bagi Anugerah Buku Terbaik Kategori Borneo dan Piala Yang di-Pertua Negeri Sabah dimenangi oleh Profesor Datuk Dr. Danny Wong Tze Ken menerusi karya bertajuk Murder Most Foul: The Kalabakan Massacre 1890 yang membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 serta piala.


Manakala, Bhahul Puisi Etnik Rungus karya Raymond Majumah memenangi Kategori Sabah membawa pulang RM4,000 dan piala.


Bagi kategori penulis, Anugerah Penulis Buku Terbaik Kategori Borneo dimenangi oleh Jaya Ramba manakala Kategori Sabah dimenangi Ramli Dollah.


Sementara itu, Anugerah Penerbit Buku Terbaik Kategori Borneo disandang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, manakala Kategori Sabah dimenangi Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 serta piala.


Dalam pada itu, Sayembara Menulis Artikel bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 dimenangi Dr. Rozita Buyoh, manakala Dr. Salbiah Kindoyop muncul naib johan dan Prof Madya Dr. Norjietta Julita Taisin di tempat ketiga.


ABB 2026 menjadi wadah pengiktirafan kepada penulis, karyawan, penyelidik dan penerbit di Sabah serta Borneo atas sumbangan mereka dalam menghasilkan dan menerbitkan karya yang menjadi sebahagian daripada khazanah intelek rantau ini.


Hadir sama, wakil Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Hassan Mahali, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly, Pengarah Penerbit UMS, Profesor Dr. Patricia Matanjun dan Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, George Yih Ching Yaw./Penerangan-

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page