top of page

Enam sekolah di Penampang, Tuaran masih ditutup selepas banjir

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 2, 2024
  • 1 min read

2 Julai 2024


KOTA KINABALU: Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin berkata, enam sekolah di Penampang dan Tuaran ditutup untuk kerja pembersihan selepas banjir.


Beliau berkata, sekolah itu ialah Sekolah Menengah (SM) St. Michael, Sekolah Kebangsaan (SK) St Theresa Inobong dan SK Kibabaig di Penampang.


"Manakala di Tuaran pula melibatkan SK Kauluan, SK Bawang dan SK Lingga Baru," katanya ketika dihubungi pada Selasa.


“Enam sekolah yang ditutup melibatkan seramai 2,659 murid dan pelajar serta 194 guru,” katanya dalam kenyataan media.


Penutupan sekolah disebabkan kawasan sekolah dinaiki air dan laluan ke sekolah tidak dapat dilalui.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page