• nabalunews

ENGLAND KUAT KUASA SEKATAN PERGERAKAN BUAT KALI KETIGA



5 JAN 2021


LONDON: Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson pada Isnin malam mengumumkan England sekali lagi akan dikenakan sekatan pergerakan baharu sebagai usaha mengekang kes COVID-19 yang semakin merebak dengan cepat, lapor agensi berita Sputnik.

“Di England, kita terpaksa … kenakan sekatan pergerakan, langkah yang cukup sukar diambil tetapi perlu untuk membendung varian baharu ini. Bermakna kerajaan sekali lagi mengarahkan anda untuk duduk di rumah,” katanya.

Keluar hanya dibenarkan untuk urusan penting seperti membeli barang keperluan, bekerja jika tidak dapat melakukan dari rumah, bantuan perubatan atau melarikan diri daripada penderaan rumah tangga.


Sekolah rendah, menengah dan kolej akan beralih kembali kepada pembelajaran secara dalam talian bermula Selasa, kecuali anak-anak golongan rentan dan petugas untuk sektor penting. - Bernama

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com