ESSCOM TAHAN DUA LELAKI, RAMPAS 10,160 ROKOK SELUDUP BERNILAI LEBIH RM149,335 DI TAWAUESSCOM TAHAN DUA LELAKI, RAMPAS 10,160 ROKOK SELUDUP BERNILAI LEBIH RM149,335 DI TAWAU
top of page
  • Wartawan Nabalu News

ESSCOM TAHAN DUA LELAKI, RAMPAS 10,160 ROKOK SELUDUP BERNILAI LEBIH RM149,335 DI TAWAU



24 DIS 2020


TAWAU: Kawasan Keselmtan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan dua lelaki kerana memiliki 10,160 bungkus rokok seludup yang disembunyikan dalam sebuah rumah tidak bernombor di kg. Hidayat batu 4, di sini, pada Rabu.


Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata bertindak atas maklumat kira-kira jam 2.30 awal pagi itu, sepasukan anggota ESSCOM dengan kerjasama anggota Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di jambatan 9, Kg. Hidayat.


Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap rumah tersebut anggota keselamatan telah menjumpai beberapa bungkus rokok disyaki tidak dibayar cukai kastam disembunyikan dalam dalam dua bilik berasingan iaitu 8,630 bungkus disembunyikan dalam sebuah bilik stor tingkat bawah dan selebihnya disembunyikan dalam sebuah bilik di tingkat 1, rumah berkenaan.


"Anggota keselamatan menyerbu stor tingkat bawah dan menjumpai 8,630 bungkus rokok yang disyaki tidak dibayar cukai kastam manakala selebihnya disembunyikan dalam sebuah bilik di tingkat 1, rumah berkenaan", katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Ahmad Fuad berkata, kesemua suspek berumur 50 - 55 tahun termasuk seorang warga asing bersama barang rampasan telah dibawa ke ibu pejabat pos daerah Tawau untuk tindakan lanjut.


Kes akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.


Sementara itu, Ahmad Fuad menyeru semua lapisan masyarakat khususnya komuniti pesisir pantai agar sentiasa memberikan kerjasama termasuk menjadi mata dan telinga pihak pasukan keselamatan dengan melaporkan sebarang perlakuan jenayah yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam serta kes-kes yang melanggar undang-undang negara.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page