ESSCOM TAHAN WARGA ASING DISYAKI TERLIBAT KES SAMUN, ROMPAK DI PERAIRAN INDERASABAH TAWAUESSCOM TAHAN WARGA ASING DISYAKI TERLIBAT KES SAMUN, ROMPAK DI PERAIRAN INDERASABAH TAWAU
top of page
  • nabalunews

ESSCOM TAHAN WARGA ASING DISYAKI TERLIBAT KES SAMUN, ROMPAK DI PERAIRAN INDERASABAH TAWAU



6 DIS 2020


SEMPORNA: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Pasukan Polis Marin berjaya menumpaskan beberapa kes curi dan rompak di kawasan perairan Inderasabah, Tawau dengan penahanan tiga suspek penjenayah warga asing dalam dua serbuan berasingan di daerah ini.


Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, ketiga-tiga suspek berjaya ditahan secara berasingan di dua buah rumah tidak bernombor di pondohan kawasan laut pulau Nusa tengah dan pondohan pulau Omadal.


Beliau berkata, kesemua suspek ditahan sepasukan anggota 'pasukan khas' yang ditubuhkan ESSCOM dalam menyelesaikan kes-kes samun dan curi di perairan Indersabah, Tawau dan Semporna baru-baru ini.


Antara rampasan

“Dalam serbuan pertama kira-kira jam 9.30 malam pada jumaat lalu, bertindak atas maklumat kes rompakan, sepasukan anggota pasukan khas yang diketuai oleh seorang anggota ESSCOM telah melakukan serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah tidak bernombor di pondohan kawasan laut Pulau Nusa Tengah, Semporna.


"Dalam serbuan berkenaan, kelihatan dua lelaki cuba untuk melarikan diri. Semasa ditahan, suspek bertindak agresif dan akibat pergelutan tersebut, suspek mengalami kecederaan di mata kiri,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Hazani berkata, pemeriksaan lanjut terhadap rumah suspek, pasukan khas menemui sepucuk pistol bersama peluru hidup tersimpan dalam beg silang yang tersiman di atas lantai rumah suspek.


"Turut dirampas sebuah perahu dan sebuah enjin sangkut 30hp yang disyaki enjin curi.



"Kesemua barang rampasan yang terdiri daripada selaras pistol colt .45, seunit kelopak berisi 06 butir peluru .45, 19 butir peluru jenis .45, sebilah parang, sebuah enjin sangkut 30hp, telefon bimbit jenis Vivo 1713, beg silang berwarna maroon dan sebuah perahu dengan nilai ramasan dianggarkan bernilai RM12,700.00.", katanya.


Ahmad Fuad berkata dalam serbuan kedua di pondohan kawasan laut perairan Pulau Omadal kira-kira pada jam 7.00 pagi sabtu pula, pasukan Khas ESSCOM dengan kerjasama pasukan polis marin telah membuat pemeriksaan sebuah rumah tidak bernombor.


"Setelah memperkenalkan diri sebagai anggota keselamatan, seorang lelaki tiba-tiba bertindak cuba melarikan diri.


"Apabila lelaki tersebut cuba ditahan, lelaki tersebut bertindak agresif namun berjaya ditahan setelah berlaku sedikit pergelutan dengan suspek."


"Pemeriksaan ke atas rumah suspek tidak menemui sebarang barang salah,” katanya.


Beliau berkata, kesemua suspek adalah warga Filipina berumur antara 20 hingga 50 tahun disyaki terlibat dalam beberapa kes samun dan rompak di perairan Inderasabah, Tawau beberapa hari lalu.


Dengan kejayaan penahanan tiga suspek warga asing ini, pihak ESSCOM percaya dapat menyelesaikan empat kes rompakan dan samun bersenjata yang berlaku di perairan Tawau dan Kunak baru-baru ini iaitu melibatkan tiga kes di perairan Inderasabah, Tawau dan satu kes di perairan Kunak.


"Kesemua suspek telah diserahkan kepada ibu pejabat Polis tawau untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 395/397 (KK) samun berkawan bersenjata," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page