Ewon bangkitkan lapan apirasi rakyat Kadamaian di Dewan Undangan NegeriEwon bangkitkan lapan apirasi rakyat Kadamaian di Dewan Undangan Negeri
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon bangkitkan lapan apirasi rakyat Kadamaian di Dewan Undangan Negeri



22 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick membangkitkan lapan perkara berkaitan aspirasi rakyat Kadamaian di dalam persidangan DUN yang berlangsung hari ini.


"Pertama, adakah Kerajaan Negeri yang ada hari ini bersedia menjadikan Pelan Pembangunan Kadamaian, 2020-2035 yang telah siap dibuat oleh Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah dan Pejabat UPPM Kadamaian sebelum ini sebagai asas kepada pelaksanaan pembangunan di DUN Kadamaian," katanya.


Ewon kemudiannya meminta penjelasan daripada Menteri Kerja Raya berkenaan status semasa projek naiktaraf jalan luar bandar bagi jalan-jalan utama di DUN Kadamaian iaitu Jalan Tengkurus Lahanas, Jalan Nahaba Sayap Mansulit, Jalan Taginambur Podos Gensurai, Jalan Gaur Pinolobuh Mangkulat, Jalan Kaung Lobong-Lobong, Jalan Kinasaraban Mandap Doluoh dan Jalan Kebidahan serta status pembaikan jalan utama Kg Kiau ke SK Kiau dan jalan-jalan utama menuju ke sekolah-sekolah di DUN Kadamaian.


"Ketiga, apakah pendirian Kerajaan Negeri hari ini terhadap cadangan pembubaran Hutan Simpan Wariu di DUN Kadamaian yang pernah saya kemukakan kepada Kerajaan Negeri terdahulu melalui memorandum kabinet.


"Keempat, saya mencadangkan kajian semula sempadan Taman-Taman Sabah di kawasan perkampungan Sayap dan mukim Lasau di DUN Kadamaian supaya tanah pertanian dan perumahan penduduk di kampung ini dapat diluaskan," katanya.


Ewon juga meminta penjelasan daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan serta Menteri Kerja Raya berkenaan dengan status semasa rancangan pembaikan tebing Sungai Kadamaian dan jambatan-jambatan serta bangunan-bangunan di sepanjang Sungai Kadamaian yang berhadapan dengan ancaman hakisan tebing sungai.


Selain itu, Ewon turut meminta penjelasan status semasa penyukatan tanah di bawah Program PANTAS sepertimana dinyatakan dalam ucapan penggulungan Kerajaan yang lepas.


Beliau turut menyentuh berkenaan inisiatif menaiktaraf liputaj telekomunikasi dan capaian internet di kampung-kampung di DUN Kadamaian dan meminta penjelasan daripada Kerajaan.


"Kelapan, apakah perancangan Kerajaan untuk membantu kawasan tanah rendah yang selalu banjir semasa musim hujan lebat seperti di Kg Pompod, Kg Pangi, Kg Pahu, Kg Minangkob dan Kg Lasau Tintapon? Adakah mangsa-mangsa banjir di kampung-kampung ini layak menerima bantuan RM1,000 seperti yang disalurkan oleh Ketua Menteri kepada mangsa-mangsa banjir di Penampang?” katanya.


Sidang DUN Sabah berlangsung selama tiga hari di mana Ketua Menteri dan menteri-menteri akan menggulung kesemua isu-isu yang dibangkitkan oleh semua ADUN yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada hari terakhir persidangan besok.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page