top of page

Ewon bersama pemimpin Kadamaian di Walai Kota Belud KDCA

Wartawan Nabalu News


30 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menghadiri acara santai Kaamatan KDCA Kota Belud di Walai Kota Belud KDCA, semalam.


Turut hadir ahli jawatankuasa tertinggi KDCA Kota Belud dan para pemimpin Kadamaian.



Walaupun berbeza fahaman politik namun ia tidak menghalang mereka untuk bersama-sama merayakan pesta kaamatan yang melambangkan perpaduan masyarakat Kadazandusun.



Selepas dua tahun menyepi ekoran pandemik Covid-19 dan ketiadaan acara-acara kebudayaan dan sambutan Kaamatan di KDCA Penampang, pada tahun ini KDCA kembali meriah seperti tahun-tahun sebelumnya.



Kemeriahan sambutan Pesta Kaamatan tahun ini dimeriah lagi dengan pelbagai persembahan kebudayaan di setiap rumah kebudayaan dan jualan kraftangan tempatan, makanan serta minuman tradisional di perkarangan Hongkod Koisaan Penampang.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page