top of page

Ewon dan Carlye menang tanpa tanding, kekal terajui UPKO Kota Belud

  • nabalunews
  • 9 hours ago
  • 1 min read

17 Jun 2026


KOTA BELUD: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick dan Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud, Carlye Lajimin masing-masing menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud pada pemilihan parti bagi sesi 2026-2029.


Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pemimpin berkenaan terus diberi mandat oleh ahli-ahli parti untuk menerajui bahagian tersebut bagi penggal seterusnya.


Ewon yang juga Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli bahagian akan diterjemahkan melalui usaha berterusan memperkukuhkan parti serta memperjuangkan agenda pembangunan rakyat.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli yang terus memberikan sokongan dan komitmen terhadap perjuangan UPKO di Kota Belud khususnya Kadamaian.


“Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli UPKO Kota Belud atas kepercayaan yang diberikan.


“Mandat ini akan digunakan sebaik mungkin untuk memperkukuhkan parti dan memastikan suara rakyat terus diperjuangkan,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Kota Belud, di Kadamaian Square, di sini, hari ini.


Sementara itu, Carlye yang juga Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri III berkata, beliau akan terus bekerjasama rapat dengan kepimpinan bahagian bagi memastikan UPKO Kota Belud kekal relevan dan mampu memenuhi aspirasi rakyat.


Pemilihan UPKO Kota Belud bagi sesi 2026-2029 berlangsung dalam suasana harmoni dan mencerminkan semangat perpaduan dalam kalangan ahli parti di bahagian itu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page