Ewon hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Usukan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Usukan


Ewon (empat dari kanan) dan Salleh (enam dari kanan) bersama para pemimpin lain yang hadir pada majlis itu.

22 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Perbezaan fahaman politik dan anutan agama tidak menghalang para pemimpin di negeri ini menghadiri dan memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Begitu juga dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian yang juga Naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick yang menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri DUN Usukan yang dihoskan ADUN Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, di Dewan Masyarakat Tun Said, hari ini.



Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri yang juga Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan para pemimpin Umno Kota Belud.



Para pemimpin itu antara ribuan pengunjung yang menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri DUN Usukan.


Kehadiran para pemimpin kerajaan negeri dan pembangkang membuktikan perbezaan politik bukan penghalang untuk saling hormat menghormati termasuk menyambut perayaan Aidilftri.



Kesederhanaan dan sikap saling menerima serta menghormati antara satu sama lain amat penting dalam menghadapi pelbagai cabaran, termasuk ancaman ektremisme.

bottom of page