top of page

Ewon hadiri Rumah Terbuka CNY Phoong Jin Zhe

Wartawan Nabalu News

24 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (CNY) Menteri Pembangunan Perindustrian Phoong Jin Zhe, di Dewan SM Tinggi Kota Kinabalu, di sini, hari ini.


Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau dan Adun Kapayan Jannie Lasimbang.


Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang dan Ahli Dewan Undangan Negeri berkata, kehadiran pemimpin dan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama jelas membuktikan kesatuan dan perpaduan di antara masyarakat berbilang kaum masih kukuh.


Selepas itu beliau meneruskan program mengunjungi rumah-rumah terbuka Tahun Baru Cina masyarakat Penampang di Kg.Mahansung Sugud dan Kg.Kolopis.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page