Ewon hargai usaha dan kerjasama semua agensi Kuskop
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon hargai usaha dan kerjasama semua agensi Kuskop



3 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini menghadiri pembentangan rumusan Bengkel Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik Kuskop 2023 sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya.


Ewon merakamkan penghargaan kepada semua pihak pengurusan tertinggi kementerian dan agensi di bawah kementerian itu atas usaha dan kerjasama mantap menjayakan pelbagai program untuk pembangunan koperasi, usahawan, penjaja dan peniaga-peniaga kecil di seluruh negara.


“Antara pencapaian kementerian setakat ini (tahun ini) ialah menubuhkan Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja Dan Peniaga Kecil (MPUKPPD), melancarkan program pembiayaan BRTani, Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT), Jelajah Usahawan dan Jualan Madani, pembukaan Kampus Institut Keusahawanan Negara (Insken) di Kota Kinabalu dan Pejabat Baharu Institut koperasi Malaysia (IKMa) Tawau dan banyak lagi,” katanya.

Ewon berkata, berdasarkan pertemuan dan sesi libat urus bersama persatuan, koperasi, usahawan dan peniaga-peniaga kecil setakat ini banyak isu dan cabaran yang perlu diberi perhatian sewajarnya.


Bagaimanapun mereka amat menghargai usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian dan agensi di bawah kementerian selama ini.


Ewon turut mengulangi komitmennya untuk memberi fokus tambahan di Sabah dan Sarawak tanpa mengurangkan fokus kementerian sedia ada di seluruh negara.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page