Ewon hulur sumbangan bina tandas komuniti Kg. Ratau
- Wartawan Nabalu News
- Mar 30, 2024
- 1 min read

30 Mac 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, itulah prinsip murni yang diamalkan ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick dalam membantu para penduduk di sini.
Baru-baru ini, Penyelia UPPM Kadamaian, Joel Deukin mewakili Ewon menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan untuk pembinaan tandas komuniti di Dewan Kampung Ratau.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif 'Touch Point' Ewon yang bertujuan untuk membantu komuniti setempat.
Selain itu, Joel juga mengambil kesempatan meninjau proses kerja-kerja pembinaan tandas yang sedang berlangsung.
Turut serta dalam majlis ringkas penyerahan sumbangan Pengerusi JKKK Kampung Ratau, Dinah Bandarang.
Majlis penyerahan sumbangan ini diadakan di Dewan Komuniti Kg. Ratau, Kota Belud.
Comments