Ewon komited terus bantu keperluan SJKC Yue Min
- nabalunews
- 1 day ago
- 1 min read

28 Jun 2026
PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick akan terus komited membantu memenuhi keperluan pembangunan SJKC Yue Min menerusi peruntukan tahunan dan sokongan terhadap pembangunan infrastruktur sekolah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, sekolah itu tidak pernah tercicir daripada menerima sumbangan melalui peruntukan Pejabat Ahli Parlimen Penampang sejak beliau dipilih mewakili kawasan itu pada penghujung 2022.

“Sejak saya dipilih sebagai Ahli Parlimen Penampang pada penghujung tahun 2022, membantu sekolah-sekolah di Penampang menjadi antara program tahunan saya.
“SJKC Yue Min sendiri menerima peruntukan setiap tahun. Walaupun jumlahnya tidak begitu besar, sekolah ini tidak pernah tercicir daripada menerima sumbangan melalui peruntukan Pejabat Ahli Parlimen Penampang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) Sesi 2026-2028 dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Yue Min, di Penampang, semalam.
Ewon berkata, sebagai satu-satunya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam kawasan Parlimen Penampang, SJKC Yue Min memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan berkualiti yang akan menyumbang kepada pembangunan Penampang dan Sabah pada masa hadapan.

“Sempena majlis ini, saya bersetuju menyediakan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada sekolah melalui peruntukan Ahli Parlimen dan turut bersetuju menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan jalan dalam kawasan sekolah,” katanya.
Mengulas permohonan peruntukan kepada sekolah itu, Ewon berkata beliau telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan tahun lalu dan peruntukan sebanyak RM200,000 telah diluluskan, namun sehingga kini masih belum disalurkan kepada pihak sekolah.
“Minggu lalu saya sudah berbincang dengan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, YB Liew Chin Tong berhubung kelulusan peruntukan RM200,000 daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang sebelum ini belum disalurkan kepada pihak sekolah.















Comments