Ewon kunjung kampung asal di Kg. Penampang Proper, hargai sokongan penduduk
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon kunjung kampung asal di Kg. Penampang Proper, hargai sokongan penduduk



5 November 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick mengunjungi kampung asalnya di Kg.Penampang Proper bagi menghargai sokongan penduduk kampung dan saudara maranya.


Kg.Penampang Proper adalah lokasi kedua program Ewon selepas pelancaran Jelajah Harapan Penampang di Kg.Maang, hari ini.


Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian bertekad memberikan khidmat terbaik untuk masyarakat Penampang iaitu kampung halaman dan daerah asal bapanya, jika beliau diberi peluang mewakili Penampang.



“Ini janji saya untuk rakyat Penampang. Selama ini saya telah melakukan yang terbaik untuk kampung halaman dan daerah ibu saya, tiada sebab kenapa saya tidak boleh buat yang terbaik untuk daerah bapa saya di Kg.Penampang Proper dan kawasan Penampang secara keseluruhannya.


“Pada tahun 2018, rakyat Kadamaian memberikan mandat besar kepada saya untuk menjadi wakil rakyat mereka. Saya telah membuat yang terbaik selama ini walaupun masih banyak keperluan masyarakat Kadamaian,” katanya.



Ewon yang juga bakal Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, tiada masalah baginya untuk melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat Kadamaian dan Penampang pada masa yang sama.


“Misalnya pada Jumaat (kelmarin), sebelah pagi saya berada di Kadamaian untuk berjumpa penduduk kampung dan menyelesaikan beberapa keperluan mereka, manakala pada sebelah petang pula saya bersama penduduk di Kg.Inobong Penampang.


“Kawasan DUN Kadamaian dan Penampang hanya dipisahkan dengan jarak perjalanan satu jam setengah. Selama ini saya menetap di Penampang tetapi sentiasa menjalankan tanggungjawab saya sebagai Wakil Rakyat Kadamaian. Pagi boleh melawat kampung di Kadamaian, petang boleh melawat kampung di Penampang.



“Oleh itu adalah tidak adil menilai kemampuan saya sebelum diberi peluang membuktikan perkhidmatan saya di Penampang,” katanya.


Ewon berkata, kehadirannya di Kampung Penampang Proper amat sentimental kerana ia mengimbas kembali kenangan zaman kanak-kanaknya ketika bapanya masih hidup.


Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara maranya di kampung itu yang telah membantu mereka sekeluarga pada masa dahulu.




photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page