Ewon luang masa terima kunjungan persatuan usahawan dan koperasi

25 Januari 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meluangkan masa menerima kunjungan beberapa persatuan usahawan dan koperasi di pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), di sini, hari ini.
Antaranya Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Sabah, Persatuan Usahawan IKS Kota Belud, Koperasi Pembangunan Desa Saradan Tenghilan Berhad, Koperasi Seni Sabah dan Lembaga Kebudayaan Sabah.

Dalam kunjungan tersebut, Ewon dimaklumkan mengenai pelbagai isu dan cadangan persatuan dan koperasi antara lainnya keperluan kerjasama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian.

Ewon turut mengulangi komitmen dan wawasan beliau agar Kementerian dan semua agensi di bawahnya dapat memberi fokus tambahan kepada Sabah serta berkongsi maklumat mengenai program-program di lapangan bersama agensi.
Comments