Ewon mahu ESTC dan Montfort kerjasama bangunkan graduan TVET di Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon mahu ESTC dan Montfort kerjasama bangunkan graduan TVET di Sabah

16 Februari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


TUARAN: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mahu ESTC Academy dan Monfort Youth Training Centre (MYTC) Penampang bekerjasama membangunkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Sabah.


Beliau berkata, kerjasama itu penting bagi melahirkan graduan khususnya anak-anak muda B40 dari Sabah dalam bidang gas dan minyak yang merupakan salah satu tumpuan kerajaan kerajaan.


“Memang agensi-agensi di bawah kementerian saya mempunyai program-program yang terkait dalam industri ini (minyak dan gas) terutama selepas kerajaan melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) tahun lepas.


“Saya telah meminta SME Corp iaitu agensi di bawah kementerian saya memudah cara permohonan akademi ini (ESTC) untuk membina kemudahan tambahan yang diperlukan.


“Pada masa yang sama, saya juga mencadangkan supaya graduan ESTC dan MYTC mendapat pembiayaan penuh daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR),” katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan ke ESTC Academy, di sini, hari ini.


Ewon berharap melalui kejasama itu, kementeriannya dapat membantu kerajaan negeri melahirkan lebih ramai anak-anak muda Sabah mendapat pekerjaan dalam bidang gas dan minyak.


Turut nadir Pengerusi SME Corp Tan Sri Bernard Dompok, Pengerusi ESTC Academy Datuk Wilfred Bumburing dan ketua-ketua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

bottom of page