Ewon mahu kisah kejayaan usahawan KUSKOP dikongsi melalui media
- Wartawan Nabalu News
 - Nov 15, 2023
 - 1 min read
 

15 November 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mahu kejayaan usahawan yang menerima pembiayaan daripada kementerian itu dikongsikan kepada umum melalui media.
Beliau yang mengadakan lawatan di Media Prima sebuah syarikat media yang memiliki pelbagai jenis saluran media berharap kerjasama diantara kementeriannya dengan Media Prima dapat diperkukuhkan lagi pada tahun depan.
“Saya boleh melihat potensi kerjasama yang lebih baik diantara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan Media Prima untuk kita memperkasakan kesedaran mengenai pembangunan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan Kopeasi di negara ini.
“Saya berharap pada tahun hadapan, kerjasama strategik ini dapat kita laksanakan dengan lebih baik lagi diantara kementerian dengan Media Prima,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengaakan lawatan di Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya, kelmarin.

Ewon berkata, Kuskop mempunyai 10 agensi iaitu Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Pernas, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Instutut Koperasi Malaysia (IKMa), UDA Holdings dan Tekun Nasional.
“Apa yang ingin saya lihat ialah kisah kejayaan daripada usahawan-usahawan yang dibantu melalui inisiatif, program dan pembiayaan daripada Kuskop dapat dikongsikan oleh Media Prima melalui saluran dan media cetak dan media online yang dimiliki oleh Media Prima,” katanya.
Ewon diiringi oleh Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.
Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran serta Timbalan Pengarang Kumpulan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima, Azhari Muhidin.


















Comments