top of page

Ewon minta semua jabatan dan agensi di bawah MINDET bentang laporan kesiapsiagaan banjir

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 2 min read

ree

5 Januari 2026


KOTA BELUD: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah Datuk Ewon Benedick, meminta semua jabatan, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kementerian itu supaya membentangkan laporan kesiapsiagaan masing-masing bagi menghadapi situasi banjir.


Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan kementerian serta jabatan dan agensi berkaitan dapat mengambil tindakan segera dan berkesan dalam menangani sebarang kejadian luar jangka.


“Saya akan mendapatkan laporan daripada Setiausaha Tetap selaku Ketua Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa mengenai perkara ini.


“Pada Rabu ini saya akan mempengerusikan Mesyuarat Kementerian yang melibatkan semua jabatan, agensi dan GLC di bawah MINDET selepas Mesyuarat Kabinet.


“Pada hari Rabu ini, saya akan mempengerusikan Mesyuarat Kementerian yang melibatkan semua jabatan, agensi dan GLC di bawah MINDET selepas Mesyuarat Kabinet,” katan


“Antara perkara utama yang ingin saya teliti ialah tahap kesiapsiagaan jabatan-jabatan berkaitan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing, khususnya berkaitan situasi banjir yang sedang melanda beberapa kawasan ketika ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2026 Kadamaian, di Dewan Kadamaian Square, di sini, hari ini.

Ketika ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan daerah Kota Belud dan Beaufort.


Ewon berkata, stuasi banjir di Beaufort perlu diberi perhatian kerana ia berpotensi menjadi isu keselamatan kepada pengguna perkhidmatan kereta api di kawasan itu.


Sehubungan itu, beliau akan meminta Jabatan Keretapi Negeri Sabah serta jabatan-jabatan berkaitan membentangkan laporan terperinci mengenai situasi semasa, termasuk langkah-langkah mitigasi yang sedang dan akan dilaksanakan.


Ewon berkata, setakat ini beliau belum menerima laporan berkaitan penangguhan perkhidmatan keretapi.


“Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat kementerian pada Rabu ini. Bagaimanapun kita akan terus memantau keadaan banjir di Beaufort.


“Sekiranya terdapat keperluan untuk menangguhkan perkhidmatan akibat laluan kereta api yang tidak selamat untuk dilalui, saya percaya keputusan itu adalah langkah terbaik kerana kita tidak mahu mengambil risiko,” katanya.


Beliau turut menegaskan bahawa aspek keselamatan mesti menjadi keutamaan nombor satu Jabatan Keretapi, meskipun perkhidmatan dari Beaufort ke Kota Kinabalu digunakan oleh ramai penumpang termasuk penjawat awam yang bekerja di Kota Kinabalu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page