Ewon rasmi pejabat baharu Pusat Khidmat Ahli Dewan Rakyat Penampang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon rasmi pejabat baharu Pusat Khidmat Ahli Dewan Rakyat Penampang


2 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick merasmikan pejabat baharu Pusat Khidmat Ahli Dewan Rakyat Penampang, di sini, hari ini.


Pusat khidmat itu memudahkan Ahli Parlimen Penampang menyalurkan bantuan dalam bentuk perkhidmatan dan pembangunan di kawasan itu selain memudahkan beliau berinteraksi dengan masyarakat Penampang secara umum.

Ewon mengalu-alukan masyarakat Penampang yang mempunyai aduan atau ingin mendapatkan maklumat mengenai bantuan-bantuan jabatan dan agensi kerajaan supaya berkunjung ke pusat khidmat itu.


Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan Jannie Lasimbang, Ketua Pegawai Perhubungan P174 Penampang Bryan Matasing, Pegawai Perhubungan P174 Penampang Alvin Lee dan Setiausaha Politik Carl Moosom.

Ewon menyampaikan sumbangan kepada Richard, turut kelihatan Carl, Bryan dan Alvin.

Pada majlis ringkas itu, Ewon turut menyampaikan sumbangan kepada Gereja Sugud, yang diwakili Pengerusi Tinduuzon CC Richard Binjinos. Sumbangan itu adalah untuk membiayai pembelian baju rasmi petugas gereja.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page