top of page

Ewon Salur Peruntukan, Projek Lampu Solar Kg Tinata Siap Dipasang

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 31 Ogos – Projek pemasangan lampu solar di Kampung Tinata, Kota Belud, yang dilaksanakan pada 29 Ogos lalu dan hari ini, secara rasminya telah meningkatkan keselesaan dan keselamatan penduduk setempat.


Projek berkenaan merupakan inisiatif Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tinata dengan peruntukan yang disalurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, yang juga Timbalan Ketua Menteri III serta Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan.



Pengerusi JKKK Kampung Tinata, Moston Tambakah, merakamkan penghargaan atas usaha murni ADUN tersebut.


"Komuniti Kampung Tinata sangat bersyukur dan berterima kasih atas usaha meningkatkan kemudahan infrastruktur kampung ini," katanya.


Sementara itu, Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Hadlee Panchai, menegaskan bahawa projek ini memberi impak langsung kepada penduduk.


"Pemasangan ini dapat meningkatkan keselesaan dan keselamatan komuniti pada waktu malam," ujarnya.


Peruntukan berkenaan sebelum ini telah disalurkan oleh Ewon kepada kesemua JKKK di kawasan Kadamaian bagi tujuan pembangunan infrastruktur asas bagi tahun 2026.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page