Ewon sampaikan 4 set kanopi bantu Program Pemberian Vaksin di DUN KadamaianEwon sampaikan 4 set kanopi bantu Program Pemberian Vaksin di DUN Kadamaian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sampaikan 4 set kanopi bantu Program Pemberian Vaksin di DUN Kadamaian


Saikom (kiri) mewakili Ewon menyampaikan sumbangan 2 set kanopi kepada Ketua Cawangan Upko Kg Tambuluang, Johnny Gilong

9 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian (Adun) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick menyampaikan empat set kanopi untuk kemudahan orang ramai semasa program pemberian vaksin di DUN Kadamaian.


Dua kanopi tersebut disumbangkan kepada Upko Cawangan Kg Lasau Minunsud untuk digunakan semasa pemberian vaksin di Mukim Lasau pada Ahad ini, manakala dua lagi disumbangkan kepada Upko Cawangan Kg Tambulaung untuk digunakan di Klinik Kesihatan Taginambur bagi tujuan yang sama.

Saikom (kiri) mewakili Ewon menyampaikan sumbangan 2 set kanopi kepada Ketua Cawangan Upko Kg Tambuluang, Johnny Gilong

Semasa dihubungi oleh wartawan Nabalu News, Ewon menyatakan sumbangan kecil tersebut merupakan komitmen beliau untuk membantu program pemberian vaksin terutama bagi kemudahan orang ramai yang datang menerima suntikan vaksin.


“Dalam kunjungan saya di Kg Lasau Minunsud semasa pemberian vaksin tempoh hari, ramai yang berbaris dalam kepanasan di luar dewan. Justeru, dengan sumbangan ini, saya berharap ianya dapat mengelak daripada mereka kepanasan sementara menunggu giliran mendapat suntikan vaksin.


Saikom (kanan) mewakili Ewon menyampaikan sumbangan 3 gulung polypipe kepada Kg Terintidon

“Saya juga dimaklumkan mengenai keperluan yang sama bagi program pemberian vaksin di Klinik Kesihatan Taginambur. Justeru sumbangan kecil ini diharap dapat membantu keselesaan orang ramai kelak,” katanya.


Ewon diwakili oleh urusetia Pusat Khidmat Adun Kadamaian, Saikom Watis semasa penyampaian sumbangan tersebut.


Dalam masa yang sama, Ewon turut menyumbangkan tiga gulung poly paip kepada Kg Terintidon bagi menggantikan kerosakan paip graviti sedia ada serta memasang paip tambahan sepertimana dikemukakan oleh para penduduk kampung kepasa Ewon semasa kunjungan beliau ke kampung ini bagi program bantuan bakul makanan sebelum ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page