EWON SAMPAIKAN BANTUAN UNTUK INDIVIDU DIKUARANTINEWON SAMPAIKAN BANTUAN UNTUK INDIVIDU DIKUARANTIN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

EWON SAMPAIKAN BANTUAN UNTUK INDIVIDU DIKUARANTIN


SUMBANGAN untuk warga Kadamaian yang menjalani kuarantin wajib.

16 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick mengambil inisiatif menyediakan sumbangan berupa makanan untuk warga Kadamaian yang sedang menjalani perintah kuarantin wajib.

Beliau berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan penduduk kampung terutamanya mereka yang tidak dapat keluar membeli keperluan barangan makanan semasa kuarantin.

“Saya telah dimaklumkan bahawa seramai 68 penduduk di Kadamaian sedang menjalani perintah kuarantin wajib.

EWON

“Justeru bagi melengkapkan usaha yang dibuat oleh Pejabat Daerah Kota Belud, saya turut menyediakan bantuan bakul makanan kepada semua yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghantar bantuan makanan itu di Pejabat Adun Kadamaian, di sini, hari ini.

Ewon berkata, pengagihan sumbangan untuk isirumah terbabit akan diurus oleh Urusetia Pejabat Perhubungan ADUN Kadamaian.

“Semoga sumbagan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat di negeri ini supaya terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPK) bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

bottom of page