top of page

Ewon sampaikan keperluan bahan binaan kepada komuniti Kadamaian

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 12, 2021
  • 1 min read

12 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick hari ini menyampaikan sumbangan bahan-bahan binaan kepada komuniti Kadamaian yang telah menghubungi Pusat Khidmat ADUN Kadamaian bagi keperluan tersebut.


Komuniti tersebut ialah Kg Bayayat, Kg Tuguson, Kg Lasau Podi dan Maktab Teologi di Kg Melangkap Tiong yang antara lainnya memerlukan paip saliran, culvert, brc, simen, pasir dan batu.

Menurut Ewon, komuniti Kg Bayayat dan Kg Tuguson akan bergotong-royong menyambung saliran paip graviti, manakala komuniti Kg Lasau Podi pula akan bergotong-royong memasang culvert dan menabur batu kelikir di jalan pertanian mereka.


Maktab Teologi pula akan bergotong-royong membaikpulih saliran parit di kampus tersebut.

“Ini merupakan inisiatif saya untuk membantu program-program komuniti di Kadamaian yang dilaksanakan secara bergotong-royong. Dalam masa yang sama, saya juga berharap pihak Kerajaan turut dapat melipatgandakan usaha menambahbaik kemudahan-kemudahan di kampung yang diperlukan oleh komuniti,” katanya.


Terdahulu, Ewon turut menyampaikan sumbangan derma kepada tabung pembaikan rumah penduduk di Kg Melangkap Tiong yang diusahakan oleh pihak gereja dan akan dilaksanakan secara bergotong-royong.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page