Ewon sampaikan sumbangan CSR Pernas kepada 200 orang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sampaikan sumbangan CSR Pernas kepada 200 orang

27 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui agensinya, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyampaikan sumbangan cermin mata dan bakul makanan kepada 200 penerima di kawasan Kapayan.


Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, di Dewan Raya Kg.Ganang Kapayan, di sini, hari ini.


Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pernas Prihatin itu dilaksanakan dengan kerjasama Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd. (Focus Point) Penampang.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jannie Lasimbang, Pengerusi Pernas Dato’ Hazimah Zainuddin, ketua-ketua agensi kementerian, pegawai-pegawai Pernas dan wakil Focus Point.


Ewon berkata, daripada 200 penerima, 100 orang menerima sumbangan barang keperluan asas, manakala 100 lagi menerima sumbangan cermin mata secara percuma.


“Program seumpama ini juga akan diadakan di kawasan Kadamaian bagi membantu penduduk yang memerlukan di kawasan itu.


“Program hari ini adalah bukti usaha dan keprihatinan kementerian dan agensi dalam membantu golongan yang memerlukan seperti golongan B40 dan orang kelainan upaya.


“Saya berharap program-program CSR seumpama ini dapat dijadikan contoh dan galakan kepada syarikat dan agensi-agensi lain untuk sama menyumbang kepada masyarakat,” katanya.


Ewon turut merakamkan penghagraan kepada Pernas dan Focus Point atas kerjasama menjayakan program itu.


“Saya amat berbesar hati kerana agensi-agensi di bawah KUSKOP komited melaksanakan progam CSR di seluruh negara khususnya di Penampang dan Kadamaian bagi memastikan masyaraiat di sini merasai kemudahan dan bantuan CSR mereka.


“Saya mahu melihat program seperti ini diteruskan oleh agensi-agensi di bawah kementerian saya di mana lebih banyak program CSR dilaksanakan untuk memberi kebaikan dan manfaat kepada orang ramai,” katanya.

Sumbangan cermin mata dan pemeriksaan mata secara percuma merupakan inisiatif bersama Focus Point iaitu sebuah syarikat rangkaian optik terbesar di Malaysia. Pada tahun ini, Focus Point telah melaksanakan 22 program CSR dengan menyumbang sebanyak lebih 490 cermin mata kepada golongan yang memerlukan bantuan penglihatan.


Sebelum ini, bagi pemberian barang keperluan, Pernas telah menyumbang sebanyak 800 kotak makanan kepada asnaf di negeri Perak, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page