Ewon sampaikan sumbangan di Mukim LasauEwon sampaikan sumbangan di Mukim Lasau
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Ewon sampaikan sumbangan di Mukim Lasau


25 Julai 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan berupa pek makanan dan bakul makanan di Mukim Lasau, Kadamaian hari ini.


Semasa meninjau perjalanan program pemberian vaksin di Dewan Kg Lasau Minunsud, beliau menyampaikan sumbangan 550 pek makanan kepada petugas-petugas program dan penerima vaksin yang hadir.


"Ini merupakan antara program sokongan yang kita teruskan setiap kali ada program pemberian vaksin di DUN Kadamaian. Saya dapati ramai yang hadir dan akan menunggu giliran. Justeru, pek makanan ini boleh dinikmati sebelum atau sebaik mereka mendapat suntikan vaksin," katanya.

Ewon (tengah) bersama Dexter (tiga dari kanan), Pengarah Urusan Sifera Kodoh (dua dari kanan)

Selain sumbangan Ewon, penerima-penerima vaksin turut menerima sumbangan minuman kotak susu dugro daripada syarikat Kim Teck Cheong.


Syarikat tersebut telah menyumbang sebanyak 50 katon susu dugro melalui Pusat Khidmat Adun Kadamaian yang turut diagihkan melalui program bakul makanan, selain program pek makanan untuk penerima-penerima vaksin di Mukim Lasau hari ini.


Pengarah Eksekutif Syarikat Kim Teck Cheong, Dexter Lau turut hadir menyaksikan penyerahan sumbangan tersebut kepada urusetia program.

Berkenaan dengan perjalanan program outreach pemberian vaksin tersebut, Ewon turut bersetuju menyumbang dua buah kanopi untuk digunakan semasa pemberian dos kedua yang dijadualkan pada 15 Ogos nanti.


"Syukur, kita sempat membina dewan ini dalam tempoh dua tahun kita dalam Kerajaan yang kini digunakan untuk pemberian vaksin. Bagaimanapun, ianya tidak menampung kehadiran serentak lebih 500 orang untuk menerima dos pertama vaksin hari ini.


"Pihak urusetia telah menyediakan dua buah kanopi di luar dewan bagi mereka yang menunggu giliran, salah satunya saya sumbangkan kepada pihak kampung sebelum ini. Bagaimanapun, ianya tidak memadai kerana masih banyak yang berbaris di luar dewan.

"Justeru, saya akan bekalkan dua buah kanopi kepada cawangan Upko Kg Lasau Minunsud supaya dapat digunakan semasa pemberian dos kedua bagi mengelak para penerima vaksin berpanas semasa beratur," katanya.


Dalam kunjungan berasingan di kampung ini juga, Ewon turut menyampaikan sumbangan 80 bakul makanan kepada isirumah yang amat kritikal memerlukan bantuan dan belum pernah mendapat bantuan bakul makanan daripada Kerajaan.


Menurut Ewon, pelaksanaan program itu akan diselaraskan oleh cawangan-cawangan Upko Mukim Lasau yang telah menghubungi beliau mengenai keperluan tersebut.

"Cawangan-cawangan Upko di sini telah menghubungi saya mengenai masalah dan keperluan bakul makanan bagi beberapa keluarga. Justeru, saya mahu mereka juga menjadi sebahagian daripada perkhidmatan kepada komuniti di sini.


“Pemimpin-pemimpin Upko di peringkat cawangan akan membantu menghantar bakul makanan ini kepada keluarga yang terlibat," katanya.


Sementara itu Pengurus Besar Kim Teck Cheong Sifera Kodoh berkata, selain DUN Kadamaian, pihaknya juga turut memberikan sumbangan yang sama kepada penduduk di kawasan lain di negeri ini yang memerlukan bantuan.


“Antaranya di Tuaran, Tamparuli, Tenom, Sipitang, Keningau, Tambunan, Beaufort, Kuala Penyu, Papar, Sandakan, Tawau, Semporna, Beluran, Telupid, Ranau, Pitas, Kudat, Kota Marudu, Matunggong dan Penampang.


“Pelbagai jenis bantuan kami berikan termasuk creamos bun, roti keras, air minuman botol, susu tepung dugro dan susu pek uht dugro.


“Ini adalah antara tanggungjawab sosial korport (CSR) syarikat kami kepada rakyat Sabah,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page