Ewon sampaikan sumbangan pakaian seragam kepada tiga sekolah rendah di Penampang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sampaikan sumbangan pakaian seragam kepada tiga sekolah rendah di Penampang

6 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan kepada 652 murid sekolah dari tiga buah sekolah rendah di kawasan Penampang.


Sumbangan berupa baju seragam sekolah itu disumbangkan oleh Bank Rakyat kepada SK Sugud, SK Putaton dan SK St Theresa Inobong.


Ketika berucap pada majlis itu Ewon berkata, beliau akan mengadakan siri perjumpaan dengan semua Pengetua dan Guru Besar sekolah d kawasan Parlimen Penampang selepas sesi baharu persekolahan bermula.


“Selain program kecemerlangan akademik dan sukan, dan selain program CSR membantu sekolah-sekolah, saya ingin melihat bagaimana pembudayaan keusahawanan dapat dipupuk di kampus-kampus sekolah,” katanya.


Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang merakamkan ucapan terima kasih kepada Bank Rakyat dan semua agensi di bawah kementeriannya kerana berjaya melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing.


“Antaranya Program Back To School anjuran UDA Holdings Berhad, IKMA dan kini giliran Bank Rakyat. Ini menunjukkan kementerian dan agensi amat prihatin terhadap keperluan semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar sekolah.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page