Ewon sedia beri sokongan Kerajaan Negeri laksana autonomi dan autoriti pemulihan Covid-19Ewon sedia beri sokongan Kerajaan Negeri laksana autonomi dan autoriti pemulihan Covid-19
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Ewon sedia beri sokongan Kerajaan Negeri laksana autonomi dan autoriti pemulihan Covid-19


1 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick bersedia memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri untuk menuntut dan melaksanakan program-program rakyat Sabah dengan autonomi dan autoriti tersendiri.


”Selaku ADUN, saya bersedia memberi sokongan kepada usaha-usaha Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah yang didasari dengan ‘political will’ yang kuat untuk menegur kerajaan persekutuan, menuntut dan melaksanakan program rakyat Sabah dengan autonomi dan autoriti tersendiri,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Webinar “Bicara Perjuangan Rakyat: Darurat dan Krisis Perlembagaan” anjuran Biro Penerangan UPKO, sebentar tadi.


Ewon berkata, kerajaan negeri juga perlu mempunyai program pemulihan negeri sendiri dengan dasar, program, bajet dan autoriti sendiri.


“Program pemulihan oleh kerajaan negeri sendiri sangat penting dan tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada program pemulihan negara yang diumumkan oleh kerajaan PN,” katanya.


Ewon yang juga Naib Presiden UPKO juga menyatakan Kerajaan Negeri perlu membuat pendirian ke atas krisis perlembagaan yang dicetuskan oleh Kerajaan Persekutuan kerana mengumumkan penamatan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.


"Pada 26 Julai, kerajaan PN telah mengumumkan penamatan Darurat. Bagaimanapun, ianya belum diperkenan oleh Agong. Sehingga kini ianya belum diwartakan kerana belum ada perkenan Agong.


"Ini mempunyai implikasi besar kepada rakyat Sabah. Apa akan jadi kepada kompaun-kompaun yang telah dikeluarkan kepada rakyat Sabah dari 21 Julai hingga 1 Ogos, jika ada. Inilah di mana kerajaan negeri perlu buat pendirian.


"Tegurlah Muhyiddin walaupun beliau merupakan bos anda," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page