Ewon selesai angkat sumpah jawatan menteri
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon selesai angkat sumpah jawatan menteri


3 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News/ Jabatan Penerangan


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di hadapan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sini petang tadi.


Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu diadakan di Balairung Seri Istana Negara, Kuala Lumpur.

Turut mengangkat sumpah jawatan adalah Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) serta anggota-anggota jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua menteri dari Sabah itu turut menandatangani surat cara pelantikan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.


Istiadat berkenaan turut disaksikan Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

bottom of page