top of page

Ewon sertai lawatan rasmi Perdana Menteri di Manila

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 1, 2023
  • 1 min read

ree

1 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


MANILA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik itu selama dua hari, yang berakhir esok.


Ewon yang tiba pada Selesa (kelmarin) meluangkan masa melawat Kedutaan Malaysia di Manila seterusnya mengadakan jamuan makan malam bersama pegawai kedutaan Malaysia.


Pada hari ini, beliau bersama Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyambut ketibaan Perdana Menteri yang menaiki pesawat khas.

ree

Anwar menaiki pesawat khas tiba di Villamor Airbase, sebuah pangkalan udara di Manila pada jam 12.50 petang. Ini adalah lawatan pertama beliau selepas menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-10.


Beliau ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri itu ialah Setiausaha Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan Filipina, Rexlon T Gatchalian yang juga Setiausaha Kabinet, Timbalan Setiausaha Eksekutif, Bianca Cristina Cardenas Zobel, Duta Besar Filipina ke Malaysia, Charles C. Jose dan Wakil Lone District of Pasay City, Antonio G.Calixto.


Anwar akan memulakan lawatan rasmi dengan mengadakan pertemuan dengan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr di Malacanang, yang dilantik pada Jun tahun lalu.

ree

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page