EWON SOKONG PELANCONGAN KOMUNITI PANTAI KIULU KADAMAIAN
top of page
  • nabalunews

EWON SOKONG PELANCONGAN KOMUNITI PANTAI KIULU KADAMAIAN


7 Mei 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyatakan sokongan penuh kepada usaha komuniti membangunkan aktiviti pelancongan di Pantai Kiulu, Kadamaian. Sebagai tanda sokongan sebelum ini, beliau telah menyalurkan peruntukan menyelenggara dan menabur batu kelikir jalan sejauh 2 kilometer ke Pantai Kiulu pada tahun lepas.


Ewon menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk kampung

"Bersempena lawatan hari ini (kelmarin), saya menyampaikan sumbangan peruntukan di bawah Program Sentuhan Kasih ADUN bagi membolehkan mereka memulakan pembinaan dewan terbuka pelancongan. Ini akan menjadi satu tambahan kemudahan kepada tempat ini," kata Ewon. Beliau menyatakan demikian semasa meninjau hasil-hasil kerja penyelenggaraan jalan pelancongan tersebut bersama dengan Pengerusi Pelancongan Pantai Kiulu, Peter Runggan.


Ewon ketika meninjau hasil kerja penyelenggaraan jalan pelancongan tersebut.

Jalan tersebut dibina melalui insiatif penduduk pada tahun 2018 sebelum Ewon menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000 pada tahun lepas bagi menyelenggara dan menaiktaraf jalan tanah merah tersebut ke jalan batu kelikir. Ewon juga menyokong permohonan perezaban kekal kawasan tersebut yang dibuat oleh Peter dan komuniti kampung sekitar. Kawasan seluas 300 ekar tersebut dipegang oleh pemegang amanah kampung mereka, namun belum direzabkan secara kekal.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page