Ewon Sumbang Dana Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah di Zon Kaung Sempena Hari Raya Aidilfitri
- nabalunews
- Mar 22
- 1 min read

22 Mac 2025
KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick terus menunjukkan komitmennya dalam menyokong pembangunan belia menerusi sukan.
Kali ini, sokongan diberikan menerusi pemberian sumbangan dana kepada penganjuran Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka.
Kejohanan berkenaan dianjurkan oleh Belia Muslim Kampung Lobong-Lobong dengan kerjasama Belia Kampung Kaung bagi kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) UPKO Kaung Kota Belud.
Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pemuda UPKO Kota Belud, Jolyhame Saran kepada wakil penganjur, Borhan Lasimin.
Borhan ketika ditemui berkata, dana berkenaan akan digunakan untuk memastikan kejohanan tahunan sempena Hari Raya Aidilfitri dapat berjalan lancar pada 5 dan 6 April depan.
Katanya, kejohanan berkenaan dijangkan akan berlangsung di padang Kampung Lonong-Lobong Kota Belud.
“Kejohanan ini bakal menyaksikan saingan sengit dengan tawaran hadiah yang menarik.
“Pasukan yang berjaya menjuarai pertandingan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,888 beserta medal.
“Tempat kedua pula akan menerima RM988, tempat ketiga RM688, dan tempat keempat RM488, masing-masing dengan medal penghargaan,” katanya.
Sementara itu, kategori pengiktirafan individu turut disediakan iaitu melibatkan Pemain Terbaik, Penjaring Terbanyak, dan Penjaga Gol Terbaik di mana masing-masing bakal menerima ganjaran RM88.
Manakala, pasukan terbaik akan menerima hadiah sebanyak RM188 sebagai penghargaan atas semangat kesukanan dan prestasi cemerlang mereka.
Sementara itu, Jolyhame turut memaklumkan Ewon akan hadir bagi memeriahkan program ini dan menyatakan sokongannya terhadap pembangunan belia menerusi sukan.
Katanya, kehadirannya diharap dapat memberi semangat kepada para peserta serta memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.
Commentaires