EWON SUMBANG TOUCHPOINTS KEPADA KELAB KEBAJIKAN KADAMAIAN EWON SUMBANG TOUCHPOINTS KEPADA KELAB KEBAJIKAN KADAMAIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

EWON SUMBANG TOUCHPOINTS KEPADA KELAB KEBAJIKAN KADAMAIAN


Ewon (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada Shainim.

8 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan Program Sentuhan Kasih (Touchpoint) Adun kepada Kelab Kebajikan Kadamaian Kota Belud.


Beliau berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu kelab berkenaan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk manfaat rakyat Kadamaian.



Ewon menyampaikan sumbangan itu kepada Pengerusi Kelab Kebajikan Kadamaian Kota Belud (KKK) Shainim Epin semasa kunjungan hormat di Pejabat Khidmat Adun Kadamaian, di sini, kelmarin.


Sementara itu, Shainim merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas sokongan berterusan terhadap program-program Kelab Kebajikan Kadamaian.



“Kami akan menggunakan sumbangan ini untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang kami rancang antaranya Program Sentuhan Kasih, Program Ziarah dan aktiviti gotong-royong.



“Golongan sasar kelab ini ialah ibu tunggal, warga emas, miskin tegar, orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit terlantar di rumah,” katanya.


Shainim berkata, mereka juga akan menganjurkan sambutan bulan puasa di kawasan Kadamaian seperti yang dicadangkan oleh Datuk Ewon.


Kelab Kebajikan Kadamaian Kota Belud ditubuhkan pada tahun 2019 bertujuan untuk membantu dan menjejaki golongan sasar seperti fakir miskin, warga emas dan ibu-ibu tunggal di kawasan Kadamaian yang memerlukan bantuan.




photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page