Ewon terima kunjungan daripada Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon terima kunjungan daripada Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia

3 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick hari ini menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia (YPPKM).


Rombongan YPPKM diketuai oleh Pengerusi yayasan tersebut Tan Sri Chang Ko Youn.


Dalam kunjungan tersebut, Ewon telah diberi taklimat mengenai matlamat penubuhan YPPKM dan program pinjaman mikro yang sedang dilaksanakan oleh yayasan tersebut bagi membantu komuniti penjaja dan peniaga kecil masyarakat Cina di Malaysia.


YPPKM ditubuhkan pada tahun 2015 bagi mengendalikan skim mikro kredit kepada penjaja dan peniaga kecil masyarakat Cina dengan suntikan dana pinjaman daripada kerajaan sebanyak RM70 juta.


Pengerusi YPPKM turut menyatakan harapan agar Kerajaan Perpaduan dapat meneruskan sokongan ke atas skim mikro kredit yang sedang dilaksanakan dan menyatakan hasrat untuk mengembangkan capaian perkhidmatan ke Sabah.


Sementara itu, Ewon menyatakan penghargaan kepada Tan Sri Chang dan YPPKM di atas pelaksanaan skim mikro kredit dengan prestasi pembayaran balik daripada peminjam-peminjam di kalangan penjaja dan peniaga kecil yang sangat cemerlang dengan kadar 'non-perfoming loan' hanya 0.42 peratus.


Ewon turut menyatakan sokongan agar YPPKM memfokuskan capaian perkhidmatan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil di kalangan masyarakat Cina sesuai dengan matlamat penubuhannya kerana beberapa skim mikro kredit untuk komuniti Bumiputera dan India juga telah diperuntukkan.

bottom of page