top of page

UMNO, BN Sabah putuskan calon Kinabatangan, Lamag – Ahmad Maslan

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

ree

13 Disember 2025


KOTA KINABALU: Keputusan mengenai kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang diisytihar kosong selepas kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, akan diserahkan kepada Ketua UMNO Sabah baharu, Datuk Jafri Arifin.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata meskipun ada beberapa nama disebut-sebut, fokus utama adalah memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kemenangan di kedua-dua kerusi berkenaan.


"Kita perlu ketengahkan calon terbaik dan dikenali pengundi di kawasan Parlimen Kinabatangan yang luas ini.


"Parlimen Kinabatangan sangat mencabar kerana kawasannya amat besar, hampir setara negeri Pahang, Parlimen ini terdiri daripada tiga kawasan DUN iaitu Kuamut, Sukau dan Lamag, " katanya menurut Berita Harian.


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebelum ini memaklumkan akan bermesyuarat pada 16 Disember depan bagi membincangkan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen P.187 Kinabatangan dan DUN N.58 Lamag.


Ia selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah, kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi berkenaan hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan disahkan oleh SPR.


Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 baru-baru ini, Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 135 undi dalam saingan enam penjuru.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page