Ewon teruskan Program Bakul Makanan melalui gereja dan masjidEwon teruskan Program Bakul Makanan melalui gereja dan masjid
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon teruskan Program Bakul Makanan melalui gereja dan masjid


Ewon sampaikan sumbangan bakul makanan kepada masjid Kg Lasau Podi

4 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick meneruskan program bantuan bakul makanan kepada penduduk Kadamaian hari ini.


Bantuan tersebut disampaikan kepada wakil-wakil Pastor, jawatankuasa masjid serta cawangan-cawangan parti Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (Upko) di DUN Kadamaian.


Ewon sampaikan sumbangan kepada wakil katekis-katekis Gereja Katolik Mukim Kelawat

“Saya dan Pusat Khidmat Adun Kadamaian telah dihubungi oleh Pastor, wakil jawatankuasa masjid dan cawangan-cawangan Upko di Kadamaian berkenaan keperluan bakul makanan kepada keluarga yang amat memerlukan. Justeru, menjadi tanggungjawab saya selaku Adun untuk mencari inisiatif bagi membantu keluarga-keluarga ini.


“Selain daripada saya sendiri, Pusat Khidmat ADUN Kadamaian juga menerima sumbangan item makanan daripada penderma peribadi. Maka kita perlu salurkan kepada rakyat Kadamaian yang memerlukan,” katanya, di sini, hari ini.


Ewon bersama-sama sukarelawan Pusat Khidmat Adun Kadamaian menyediakan bakul makanan untuk diagihkan kepada penduduk Kadamaian yang memerlukan (kiri), Ewon sampaikan sumbangan kepada Upko Mukim Kebayau (kanan)

Antara yang menerima sumbangan bakul makanan daripada Ewon pada hari ini ialah Gereja SIB Kg Taginambur, Masjid Kg Lasau Podi, katekis-katekis Gereja Katolik di Mukim Kelawat dan cawangan-cawangan Upko di Kg Bundu Paka, Kg Bayayat, Kg Piasau, Kg Kelawat, Kg Singgah Mata dan beberapa cawangan lain lagi.

bottom of page