Ewon teruskan tradisi berbuka puasa bersama masyarakat Islam di Kadamaian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon teruskan tradisi berbuka puasa bersama masyarakat Islam di Kadamaian


Ewon menyampaikan sumbangan kepada wakil jawatankuasa surau dan masjid kawasan Kadamaian, turut kelihatan Munirah (kiri) dan Umar Sarim (kanan).

9 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meneruskan acara tahunannya sempena bulan Ramadan dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat Islam di kawasan Kadamaian.


Pada tahun ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian itu mengadakan majlis berbuka puasa bersama masyarakat Islam di Kg.Tambulion.


“Saya memulakan aktiviti berbuka puasa bersama masyarakat Islam setiap kali bulan Ramadan sejak beberapa tahun lalu dan tahun ini saya teruskan di Kg.Tambulion.


Ewon disambut mesra penduduk kampung pada majlis itu.

“Selain penduduk kampung, majlis ini turut disertai wakil-wakil daripada 19 surau dan masjid seluruh Kadamaian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Berbuka Puasa Madani kawasan N11 Kadamaian, di Masjid Kg.Tambulion, di sini, hari ini.


Pada majlis itu Ewon turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada Jawatankuasa Masjid dan Surau DUN Kadamaian dan kepada golongan asnaf Kg.Tambulion.


Ewon berkata, Sabah adalah contoh terbaik dari segi keharmonian kaum dan perpaduan di negara ini.


Ewon ketika ditemui pemberita pada majlis itu.

Katanya, ia dapat dilihat setiap kali sambutan perayaan keagamaan dan kebudayaan yang turut dihadiri rakyat berbilang kaum dan agama.


“Antara keunikan di Sabah ialah rakyatnya meraikan kepelbagaian kaum, warisan, budaya dan adat rasam yang antaranya menjadi tunjang perpaduan kaum.


“Oleh itu saya mahu kementerian saya menjadi contoh kepelbagaian kaum dan agama menjadi asas untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negara ini,” katanya.



Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) satu daripada agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kerana menghoskan majlis itu.


“Setiap agensi di kementerian berperanan penting membantu rakyat bukan hanya koperasi dan usahawan tetapi melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.


Turut hadir Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM Datuk Umar Sarim Saidin, Pengarah SKM Sabah Matias Kundapin dan para pemimpin setempat.




photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page