EWON TINJAU KEMUDAHAN BAHARU DEWAN KG.TAMALANG TAGINAMBUREWON TINJAU KEMUDAHAN BAHARU DEWAN KG.TAMALANG TAGINAMBUR
top of page
  • Wartawan Nabalu News

EWON TINJAU KEMUDAHAN BAHARU DEWAN KG.TAMALANG TAGINAMBUR


Ewon menyampaikan sumbangan kepada wakil belia Kampung Tamalang.

8 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meninjau kemudahan baharu bangunan Dewan Kampung Tamalang Taginambur, seterusnya bersantai badminton bersama para belia di kampung itu, kelmarin.




Dewan itu adalah antara hasil komitmen dan usaha beliau sebelum ini untuk menyediakan kemudahan kepada penduduk kampung.


"Dewan ini adalah antara hasil usaha perkhidmatan kita yang dibina pada tahun lepas dan kini boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti rakyat.



"Saya berharap dewan ini memberi manfaat kepada penduduk kampung untuk melaksanakan aktiviti sukan seperti badminton dan juga aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang lain," katanya.



Mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah itu turut menyampaikan sumbangan di bawah Program Sentuhan Kasih Adun kepada Jawatankuasa Pengurusan Dewan Kampung Tamalang Taginambur untuk membeli kerusi dan meja di dewan berkenaan serta sumbangan kepada Tabung Bulu Tangkis Badminton kepada pemain-pemain badminton di dewan tersebut.


Ewon menyampaikan sumbangan untuk membeli kerusi dan meja di dewan itu.

Selain itu, Ewon turut bersetuju menyediakan peruntukan Sentuhan Kasih membaiki sebahagian jalan menuju ke dewan berkenaan untuk keselesaan orang ramai yang berkunjung ke dewan itu.



"Jalan masuk ke dewan ini telah dibina konkrit dengan peruntukan yang saya salurkan pada tahun lepas. Bagaimanapun masih ada bahagian jalan yang belum konkrit dan menyebabkan kereta kecil tersangkut. Justeru, saya setuju gunakan peruntukan Sentuhan Kasih ADUN tahun ini untuk baiki jalan tersebut yang akan dilaksanakan secara gotong-royong," katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page